ACCIN, MAPIM & PUM: MENUNTUT PENJELASAN KERAJAAN DAN PIHAK BERKENAAN DALAM ISU IRSYAD MANJI

KENYATAAN BERSAMA – 21 MEI 2012

Dengan pelbagai usaha yang dilakukan oleh pelbagai pihak sama ada parti politik, NGO atau individu prihatin, Kami mewakili Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) yang dianggotai oleh lebih 37 NGO Islam di seluruh negara, serta Persatuan Ulama’ Malaysia (PUM) amat kesal atas kegagalan Kerajaan Persekutuan menghalang kemasukan Irsyad Manji, program, pelancaran dan penjualan bukunya, “Islam, Liberty and Love” (Versi Bahasa Melayu) yang sarat dengan unsur Religiophobia dan Islamophobia, khasnya menfitnah dan menghina agama secara terbuka, khasnya pada Sabtu lepas, bertarikh 19 Mei 2012, pada 2.00 – 3.00 petang, bertempat di Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor.

Kami juga ingin menyatakan kekesalan terhadap Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, ZI Publication, Emily Rees Associate dan beberapa pihak lain yang tidak sensitif terhadap peningkatan dan kemerbahayaan isu Religiophobia dan Islamophobia apabila sedia membantu tindakan tidak bertanggungjawab Irsyad Manji tersebut. Kami menuntut ucapan maaf atau penjelasan sewajarnya daripada pihak berkenaan di atas.

Kami juga menuntut penjelasan daripada Perdana Menteri dan Kerajaan, khasnya Jabatan Imigresen, Kementerian Dalam Negeri, Polis Diraja Malaysia, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan berhubung perkara di atas dan jaminan bahawa ia tidak akan berulang lagi pada masa hadapan.

Kami juga ingin mengucapkan penghargaan kepada Kerajaan Negeri Selangor, khasnya Jabatan Agama Islam Selangor yang telah menggunakan kuasa yang sedia ada untuk menghalang program Irsyad Manji yang dijadualkan pada pada Jumaat, bertarikh 18 Mei 2012, pada 1.00-2.00 petang di Monash University, Bandar Sunway, Selangor.

Ucapan penghargaan juga kami ucapkan buat Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) atas pembatalan program ceramah umum Irsyad Manji yang dijadualkan berlangsung di Mini Auditorium UIAM pada Isnin, 14 Mei 2012, jam 1.30-3.30 petang.

Akhirnya, kami ingin menegaskan bahawa tiada siapa wajar dinafikan haknya untuk memasuki mana-mana negara, asalkan mereka bersedia untuk menghormati undang-undang, agama dan budaya negara tersebut. Menyedari Irsyad Manji bukanlah individu yang bersedia menghormati perkara tersebut di atas, kami meminta agar Irsyad Manji dan individu seumpamanya tidak lagi diberi kebenaran memasuki negara ini pada masa hadapan. Atas dasar ini juga, kami menentang pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi ke Perancis pada tahun 2012 ini dan pengharaman kemasukan Sheikh Dr. Zakir Naik ke United Kingdom pada tahun 2010 dan sesiapa, bila dan di mana pun tanpa mengira agama, bangsa dan negara.

DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN
019-2501700

 TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha Agung MAPIM
019-4744856

DR. MOHD ROSLAN MOHD NOR
Setiausaha Agung PUM
013-9913048

AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM

  1. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
  2. Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)
  3. Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’)
  4. AMAL (Yayaan Amal Malaysia)
  5. ASB (Aqsa Syarif Berhad)
  6. Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah)
  7. Darusshifa’ (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)
  8. FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang)
  9. GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia)
  10. HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia)
  11. IIS (Islamic Information and Services Foundation)
  12. IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
  13. IMAN (Interactive Muslimah Association)
  14. ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
  15. ITMAM (Yayasan Itmam)
  16. JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak)
  17. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)
  18. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak)
  19. JIM (Jemaah Islam Malaysia)
  20. MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association)
  21. MAMPAT (Pusat Aduan Mampat)
  22. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera)
  23. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia)
  24. PAKSI
  25. PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah)
  26. PM (Pemuda Masjid)
  27. PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
  28. PGPO (Perdana Global Peace Organisation)
  29. PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
  30. PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia)
  31. RICOI (Research and Information Centre on Islam)
  32. SALIMAH (Pergerakan Muslimah)
  33. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia)
  34. TERAS (Teras Pengupayaan Melayu)
  35. WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
  36. WAMY (World Assembly of Muslim Youth)
  37. WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)

ACCIN & MAPIM: ADUAN REPORT POLIS (No Report Bdr Sunway/003038/12) TERHADAP GERAKAN HOMOSEKSUAL MALAYSIA YANG MEMPROMOSI PENULIS LESBIAN IRSYAD MANJI

KENYATAAN MEDIA- 18 MEI 2012

 ACCIN & MAPIM: ADUAN REPORT POLIS (No Report Bdr Sunway/003038/12) TERHADAP GERAKAN HOMOSEKSUAL MALAYSIA YANG MEMPROMOSI PENULIS LESBIAN IRSYAD MANJI

Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ingin menarik perhatian dan tindakan semua pihak berkepentingan terhadap laporan polis kami terhadap Gerakan Homoseksual Malaysia dan penulis lesbian Irsyad Manji bertarikh 17 Mei 2012 seperti berikut:

1.   Kami, mewakili dua Gabungan NGO Islam dikenali sebagai Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), yang dianggotai antaranya oleh ABIM, Al-Hidayah, Al-Hunafa, AMAL, ASB, Darul Fitrah, Darusshifa’, FORUM, GEPIMA, HALUAN, IIS, IKRAM, IMAN, ISMA, ITMAM, JAMAIY, JAM’IYAH Selangor & W.P, JAM’IYAH Perak, JIM, MACMA, MAMPAT, MUAFAKAT, MUAFAKAT, PAKSI, PBMIIT, Pemuda Masjid, PERKIM, PGPO, PKPIM, PUM, RICOI, SALIMAH, SHURA, TERAS, WADAH, WAMY dan WEHDAH ingin membantah sekeras-kerasnya ke atas Gerakan Homoseksual dan Irsyad Manji yang dijangka datang ke Malaysia serta semua pihak yang membantu beliau dalam tindakan Religiophobia dan Islamophobia, khasnya menfitnah agama sejak sekian lama.

2.   Religiophobia dan Islamophobia khasnya menfitnah agama yang dilakukan oleh beliau, individu lain dan Gerakan Homoseksual seperti mempromosikan homoseksual atas nama agama, menghina Nabi Muhammad SAW dan memperlecehkan al-Quran bukan sahaja bercanggah dengan Syariah, kesucian semua agama, asas moral dan perundangan Negara, bahkan ia membahayakan perhubungan antara warga Malaysia dan antarabangsa.

3.  Dengan menyalahgunakan kebebasan bersuara dan berekpresi juga, beliau seperti lazimnya akan membuat pengakuan terbuka sebagai lesbian muslim dan dijangka mengatur atau terlibat dengan pelbagai program Religiophobia dan Islamophobia di pelbagai orkasi dan lokasi secara terbuka atau tertutup, termasuk di Borders Book dan Monash University (pada Jumaat, 18 Mei 2012, 1-2pm) serta program pelancaran bukunya berjudul “Allah, Kebebasan dan Cinta” terbitan ZI Publication yang dipercayai dimiliki oleh Tuan Zaid Ibrahim.

4.   ACCIN dan MAPIM meminta agar semua jabatan kerajaan, agensi penguatkuasaan di seluruh Negara khasnya PDRM dan Imigresen (seperti notis “Not To Land” di bawah Seksyen 9 (1) (a) dan Seksyen (A (1) Akta Imigresen 1959/63 (Akta 155)), serta agensi-agensi agama seperti Majlis Agama Islam Negeri, Jabatan Agama Islam Negeri dan Jabatan Mufti Negeri untuk menyiasat dan bertindak tegas ke atas Irsyad Manji, Gerakan Homoseksual, organisasi dan individu yang jelas melakukan tindakan Religiophobia dan Islamophobia atas apa jua program dan aktiviti berdasarkan peruntukan undang-undang yang sedia ada di Mahkamah Syariah dan Mahkamah Sivil.

DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN
019-2501700

CIKGU AZMI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha Agung MAPIM
019-4744856

AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM

  1. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
  2. Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)
  3. Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’)
  4. AMAL (Yayaan Amal Malaysia)
  5. ASB (Aqsa Syarif Berhad)
  6. Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah)
  7. Darusshifa’ (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)
  8. FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang)
  9. GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia)
  10. HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia)
  11. IIS (Islamic Information and Services Foundation)
  12. IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
  13. IMAN (Interactive Muslimah Association)
  14. ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
  15. ITMAM (Yayasan Itmam)
  16. JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak)
  17. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)
  18. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak)
  19. JIM (Jemaah Islam Malaysia)
  20. MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association)
  21. MAMPAT (Pusat Aduan Mampat)
  22. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera)
  23. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia)
  24. PAKSI
  25. PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah)
  26. PM (Pemuda Masjid)
  27. PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
  28. PGPO (Perdana Global Peace Organisation)
  29. PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
  30. PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia)
  31. RICOI (Research and Information Centre on Islam)
  32. SALIMAH (Pergerakan Muslimah)
  33. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia)
  34. TERAS (Teras Pengupayaan Melayu)
  35. WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
  36. WAMY (World Assembly of Muslim Youth)
  37. WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)

ADEGAN LUCAH DI UTUSAN MALAYSIA TIDAK MENGHORMATI SEMUA AGAMA

Kenyataan Media –  3 Mei 2012

Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) yang dianggotai oleh PERKIM, PUM, MUAFAKAT, AL-HIDAYAH, IIS, JAM’IYAH, ABIM, JIM, MACMA, HUNAFA’, DARUL FITRAH, RICOI, IMAN, DARUL SYIFA’, ISMA, WAMY dan GEPIMA yang ahli gabungan mencecah 500,000 orang, ingin merakam bantahan yang konsisten dan tegas terhadap penyalahgunaan media dalam menyiarkan aksi atau adegan lucah yang melibatkan sesiapa sahaja dan dalam apa jua bentuk seperti grafik, foto, cerita, berita dan iklan.

Terkini, ACCIN kesal dengan tindakan Utusan Malaysia pada hari Rabu, 2 Mei 2012, menyiarkan foto adegan lucah pada halaman 1 dan 3 yang melibatkan seorang mirip seorang tokoh politik Pakatan Rakyat. Walau pun apa jua alasan yang diberikan, penyiaran foto aksi lucah tersebut secara jelas melanggar etika kewartawanan sejagat dan juga memberi kesan negatif kepada pembaca khasnya golongan muda.

ACCIN meminta Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada semua pembaca akhbar Utusan atas keterlanjuran ini. Dalam pada itu ACCIN mengalu-alukan permohonan maaf TV3 secara terbuka kepada semua warga Malaysia kerana berasa bertanggungjawab atas siaran adegan bogel dalam rancangan “Kids Movie Magic (Into The Wild)” pada 24 Mac 2012. ACCIN berharap paparan gambar lucah tersebut menjadi yang terakhir di TV3, Utusan Malaysia dan media-media awam lain yang wajar mematuhi etika kewartawanan sejagat yang menghormati agama, adab, adat daan tata susila rakyat yang menjadi pembaca media-media tersebut.

ACCIN menyeru media-media nasional khasnya media yang dimiliki parti-parti politik, untuk tidak mempergunakan media bagi mendedahkan aib orang lain. Penyalahgunaan media dalam menyiarkan perlakuan aksi seksual tersebut, atas apa jua konsep, termasuk “orientasi seksual” jelas salah dari segi agama dan moral. Kelakuan dan penyiaran gambar-gambar  lucah tersebut jelas tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Islam sebagai agama negeri-negeri serta agama-agama lain yang turut mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan.

DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN 2012

MENYOKONG BANTAHAN PERTUBUHAN KERJASAMA ISLAM (OIC), KUMPULAN NEGARA-NEGARA ARAB DAN KUMPULAN AFRIKA TERHADAP PERBINCANGAN PANEL ORIENTASI SEKSUAL DAN IDENTITI JANTINA (SOGI)

Kenyataan Media – 25 April 2012

1)      Kami, mewakili Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) dan Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) ingin menyatakan sokongan penuh terhadap bantahan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi pihak Malaysia dan Negara-Negara Anggotanya dalam kenyataaannya berhubung perbincangan panel mengenai “diskriminasi dan keganasan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina (Sexual Orientation and Gender Identification, SOGI)” pada 7 Mac 2012 dalam Sesi Ke-19 Majlis Hak Asasi PBB, Geneva, Switzerland.

2)      Kami turut menyokong penuh tindakan OIC, Negara Arab dan Kumpulan Afrika yang bertindak keluar dari dewan sebagai bantahan keras kepada panel SOGI tersebut sedari awal perbincangan panel. Kami juga menghargai semua kenyataan NGO-NGO dan institusi-institusi agama dalam dan luar negara serta sejumlah negara anggota PBB, termasuk Vatican City yang turut menolak SOGI sebagai hak asasi.

3)      SOGI ditolak oleh warga dunia dan juga Malaysia kerana istilahnya bersifat kabur dan mengelirukan dan tiada definisi yang dipersetujui serta tiada asas perundangan dalam undang-undang antarabangsa, rantau dan negara. Tiada agama menerima istilah SOGI yang turut merangkumi makna seks sejenis (homoseks), seks tanpa perkahwinan (zina), seks dengan kanak-kanak (pedofil) dan seks dalam keluarga (sumbang mahram). Kegiatan seks di luar tabie akan menggugat institusi keluarga yang diterima sebagai kumpulan sosial yang asas dan semulajadi (fitrah).

4)      Kami juga mengutuk percubaan bersistematik oleh sesetengah negara dan kumpulan tertentu (khasnya LBGT) untuk memperkenalkan SOGI dalam sistem PBB dan kenegaraan Malaysia. Percubaan ini tidak selari dengan sambutan Minggu Keharmonian Antara Penganut Agama Sedunia yang menghendaki agama berperanan sebagai penyelamat, termasuk dalam isu hak asasi manusia.

5)      Kami mengharapkan perbincangan meja bulat terdahulu mengenai “diskriminasi dan keganasan berdasarkan orientasi seksual dan identiti jantina”, “kumpulan minoriti seksual” dan seumpamanya, menjadi yang terakhir di SUHAKAM. SUHAKAM juga wajar lebih berhati-hati dalam penerbitan Laporan Tahunan SUHAKAM agar tidak dilihat turut mengiktiraf atau menyokong SOGI sebagai hak asasi, sebagaimana turut dilaporkan di Asia Pasific Forum of National Human Rights Institutions (APF) dan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB).

6)      Kami, ACCIN dan MAPIM, mencadang dan menawarkan kerjasama bagi mengadakan suatu majlis persefahaman yang melibatkan pelbagai pihak, tanpa mengira agama, bangsa, kecenderungan politik dan pertimbangan lain, bagi menzahirkan sokongan terhadap kenyataan OIC yang membantah panel SOGI tersebut. Tujuan Majlis ini adalah untuk tindakan positif pihak berkepentingan, termasuk dalam membimbing individu bermasalah SOGI dan sebagai barisan menghadapi lobi sosiopolitik Gerakan Homoseksual dari dalam dan luar negara.

 

DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN

CIKGU AZMI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha Agung MAPIM

 

AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM

 

  1. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
  2. Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)
  3. Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’)
  4. AMAL (Yayaan Amal Malaysia)
  5. ASB (Aqsa Syarif Berhad)
  6. Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah)
  7. Darusshifa’ (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)
  8. FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang)
  9. GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia)
  10. IIS (Islamic Information and Services Foundation)
  11. IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
  12. IMAN (Interactive Muslimah Association)
  13. ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
  14. ITMAM (Yayasan Itmam)
  15. JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak)
  16. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)
  17. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak)
  18. JIM (Jemaah Islam Malaysia)
  19. MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association)
  20. MAMPAT (Pusat Aduan Mampat)
  21. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera)
  22. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia)
  23. PAKSI
  24. PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah)
  25. PM (Pemuda Masjid) 
  26. PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
  27. PGPO (Perdana Global Peace Organisation)
  28. PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
  29. PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia)
  30. RICOI (Research and Information Centre on Islam)
  31. SALIMAH (Pergerakan Muslimah)
  32. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia)
  33. TERAS (Teras Pengupayaan Melayu)
  34. WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
  35. WAMY (World Assembly of Muslim Youth)
  36. HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia)
  37. WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)