ADEGAN LUCAH DI UTUSAN MALAYSIA TIDAK MENGHORMATI SEMUA AGAMA

Kenyataan Media –  3 Mei 2012

Allied Coordinating Committee of Islamic NGO’s (ACCIN) yang dianggotai oleh PERKIM, PUM, MUAFAKAT, AL-HIDAYAH, IIS, JAM’IYAH, ABIM, JIM, MACMA, HUNAFA’, DARUL FITRAH, RICOI, IMAN, DARUL SYIFA’, ISMA, WAMY dan GEPIMA yang ahli gabungan mencecah 500,000 orang, ingin merakam bantahan yang konsisten dan tegas terhadap penyalahgunaan media dalam menyiarkan aksi atau adegan lucah yang melibatkan sesiapa sahaja dan dalam apa jua bentuk seperti grafik, foto, cerita, berita dan iklan.

Terkini, ACCIN kesal dengan tindakan Utusan Malaysia pada hari Rabu, 2 Mei 2012, menyiarkan foto adegan lucah pada halaman 1 dan 3 yang melibatkan seorang mirip seorang tokoh politik Pakatan Rakyat. Walau pun apa jua alasan yang diberikan, penyiaran foto aksi lucah tersebut secara jelas melanggar etika kewartawanan sejagat dan juga memberi kesan negatif kepada pembaca khasnya golongan muda.

ACCIN meminta Utusan Malaysia memohon maaf secara terbuka kepada semua pembaca akhbar Utusan atas keterlanjuran ini. Dalam pada itu ACCIN mengalu-alukan permohonan maaf TV3 secara terbuka kepada semua warga Malaysia kerana berasa bertanggungjawab atas siaran adegan bogel dalam rancangan “Kids Movie Magic (Into The Wild)” pada 24 Mac 2012. ACCIN berharap paparan gambar lucah tersebut menjadi yang terakhir di TV3, Utusan Malaysia dan media-media awam lain yang wajar mematuhi etika kewartawanan sejagat yang menghormati agama, adab, adat daan tata susila rakyat yang menjadi pembaca media-media tersebut.

ACCIN menyeru media-media nasional khasnya media yang dimiliki parti-parti politik, untuk tidak mempergunakan media bagi mendedahkan aib orang lain. Penyalahgunaan media dalam menyiarkan perlakuan aksi seksual tersebut, atas apa jua konsep, termasuk “orientasi seksual” jelas salah dari segi agama dan moral. Kelakuan dan penyiaran gambar-gambar  lucah tersebut jelas tidak menghormati kedudukan Islam sebagai agama Persekutuan, Islam sebagai agama negeri-negeri serta agama-agama lain yang turut mementingkan nilai kesopanan dan kesusilaan.

DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN 2012

About MuhibahMalaysia
ACCIN is the acronym for the Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs, a body registered under the Societies Act,1966. RICOI is a founder member of ACCIN, which is an umbrella body comprising of Islamic NGOs which are dedicated to and have as one of its main objectives the propagation of Islam. ACCIN Members: MUAFAKAT, ABIM, Darul Fitrah, JIM, MACMA, IIS, RICOI, Al-Hidayah, ISMA, Al-Hunafa, IMAN, Jam’iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA, PUM and PERKIM.

Leave a comment