ACCIN, MAPIM & PUM: PENGHARGAAN DAN KEKESALAN PASCA PELEPASAN IRSYAD MANJI DARI MALAYSIA

KENYATAAN BERSAMA – 4 JUN 2012

Kami, mewakili ALLIED COORDINATING COMMITTEE OF ISLAMIC NGO’S (ACCIN) dan MAJLIS PERUNDINGAN PERTUBUHAN ISLAM MALAYSIA (MAPIM) yang dianggotai oleh lebih 37 NGO Islam peringkat pusat, serta PERSATUAN ULAMA’ MALAYSIA (PUM) dan semua NGO Islam cawangan negeri di seluruh negara, ingin merakamkan penghargaan dan sokongan kepada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan-kerajaan Negeri, parti-parti politik, semua organisasi Islam dan individu yang prihatin dalam usaha menyekat tindakan Religiophobia dan Islamophobia di negara ini, khasnya menfitnah dan menghina Islam secara terbuka terutama dalam isu pelancaran buku Irsyad Manji.

Kami ingin menyampaikan penghargaan dan sokongan khusus untuk agensi-agensi kerajaan, khasnya Kementerian Dalam Negeri (KDN), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS), Jabatan Agama Islam Negeri Sembilan (JAINS), Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan pelbagai agensi kerajaan lain yang telah pun memutuskan untuk berusaha menghentikan tindakan Religiophobia dan Islamophobia ini. Tindakan tersebut telah pun diklasifikasikan sebagai bersifat diskriminasi dan rasis berasaskan agama di pelbagai pertubuhan antarabangsa, khasnya Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) dan Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC).

Kami turut ingin menyampaikan kekesalan terhadap sikap berdiam diri Dewan Perhimpunan Cina KL dan Selangor, sesetengah parti politik, sejumlah NGO serta beberapa pihak lain. Pihak-pihak berkenaan bukan sahaja tidak menunjukkan sensitiviti terhadap implikasi bahaya isu ini kepada hubungan antara agama dan kaum di Negara ini, bahkan sesetengannya bertindak menyebarkan prasangka negatif,  kebencian, ketakutan, dan fitnah terhadap agama dalam pelbagai bidang, termasuk undang-undang dan hak asasi manusia.

Kekesalan mendalam juga ingin kami menyatakan terhadap ZI Publication yang sewajarnya menghormati keharmonian antara agama di Negara ini. Tindakan pihak berkenaan untuk bekerjasama menfitnah dan menghina agama Islam  dengan menterjemah dan melancar buku Irsyad Manji merupakan suatu tindakan menyalahgunakan hak kebebasan bersuara di Malaysia. Lebih malang lagi, ZI Publication turut menyatakan hasratnya untuk menfailkan tindakan undang-undang terhadap KDN, JAWI dan JAIS. Kami berharap agar  ZI Publication menyedari kesilapan yang dilakukan dan memperbetulkan sikap mereka.

Kami mengesa agar pihak Kerajaan dan agensi yang berkenaan mengguna peruntukan undang-undang yang ada untuk bertindak sewajarnya terhadap mana-mana pihak yang cuba menfitnah dan menghina agama. Tujuannya ialah agar Malaysia dilihat sebuah Negara yang tegas dalam hal mencegah sebarang tindakan menfitnah Islam mahupun menghina mana-mana agama sekalipun.

Sebagai langkah proaktif kami menuntut  agar Kerajaan mengambil tindakan pencegahan awal, termasuk menghalang sebarang kegiatan menampilkan individu seperti Irsyad Manji untuk menyebarkan faham dan tindakan yang batil di Negara ini. Ulama’, khasnya di dalam agensi agama harus dirujuk sebelum keizinanan diberi agar insiden Religiophobia dan Islamophobia seumpama ini dapat dielakkan di Malaysia pada masa hadapan.

DATUK ZAINAL ABIDIN BIN AB. KADIR
Pengerusi ACCIN
www.accin.org

 

TUAN HAJI MOHD AZMI BIN ABDUL HAMID
Setiausaha Agung MAPIM
www.mapim.org

DR. MOHD ROSLAN BIN MOHD NOR
Setiausaha Agung PUM
www.pum.org.my


AHLI GABUNGAN ACCIN DAN MAPIM

  1. ABIM (Angkatan Belia Islam Malaysia)
  2. Al-Hidayah (Persatuan Dakwah Islamiah & Kebajikan Saudara Baru India Se-Malaysia)
  3. Al-Hunafa (Persatuan al-Hunafa’)
  4. AMAL (Yayaan Amal Malaysia)
  5. ASB (Aqsa Syarif Berhad)
  6. Darul Fitrah (Persatuan Darul Fitrah)
  7. Darusshifa’ (Persatuan Kebajikan & Pengubatan Islam Malaysia)
  8. FORUM (Forum Umat Islam Pulau Pinang)
  9. GEPIMA (Pergerakan India Muslim Malaysia)
  10. HALUAN (Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia)
  11. IIS (Islamic Information and Services Foundation)
  12. IKRAM (Pertubuhan IKRAM Malaysia)
  13. IMAN (Interactive Muslimah Association)
  14. ISMA (Ikatan Muslimin Malaysia)
  15. ITMAM (Yayasan Itmam)
  16. JAMAIY (Jaringan NGO Islam Perak)
  17. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Selangor & W.P)
  18. JAM’IYAH (Persekutuan Seruan Islam Perak)
  19. JIM (Jemaah Islam Malaysia)
  20. MACMA (Malaysian Chinese Muslin Association)
  21. MAMPAT (Pusat Aduan Mampat)
  22. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Rakyat Sejahtera)
  23. MUAFAKAT (Pertubuhan Muafakat Sejahtera Masyarakat Malaysia)
  24. PAKSI
  25. PBMIIT (Persatuan Bekas Mahasiswa Islam Timur Tengah)
  26. PM (Pemuda Masjid)
  27. PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia)
  28. PGPO (Perdana Global Peace Organisation)
  29. PKPIM (Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia)
  30. PUM (Persatuan Ulama’ Malaysia)
  31. RICOI (Research and Information Centre on Islam)
  32. SALIMAH (Pergerakan Muslimah)
  33. SHURA (Sekretariat Himpunan Ulama’ Rantau Asia)
  34. TERAS (Teras Pengupayaan Melayu)
  35. WADAH (Wadah Pencerdasan Umat Malaysia)
  36. WAMY (World Assembly of Muslim Youth)
  37. WEHDAH (Jaringan NGO Kedah)

About MuhibahMalaysia
ACCIN is the acronym for the Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs, a body registered under the Societies Act,1966. RICOI is a founder member of ACCIN, which is an umbrella body comprising of Islamic NGOs which are dedicated to and have as one of its main objectives the propagation of Islam. ACCIN Members: MUAFAKAT, ABIM, Darul Fitrah, JIM, MACMA, IIS, RICOI, Al-Hidayah, ISMA, Al-Hunafa, IMAN, Jam’iyah, Darusshifa, WAMY, GEPIMA, PUM and PERKIM.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s